Dahulukan Berbuka Puasa Dengan Kurma

By 18.28



Daripada Anas bin Malik RA, "Nabi SAW berbuka sebelum solat (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah.


Sekiranya tidak ada kurma basah, maka baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada juga, maka baginda menghirup beberapa teguk air.” (HR Tirmidzi di dalam Sunan at-Tirmidzi, no.696) .

Sebahagian orang telah membuat kesilapan apabila mereka terus menggantikan kurma dengan buah-buahan yang lain. Lalu mereka sandarkan kepada agama. Ini adalah sandaran yang tidak tepat. .

Pada zaman Nabi SAW tidak hanya ada kurma sahaja. Tetapi ada pelbagai jenis buah-buahan. Mengapa Nabi menyuruh kita memilih kurma untuk di dahulukan? .

Kerana ia syariat. Sesiapa yang melakukannya mendapat pahala ibadah. .

Sekiranya kita mahu berbuka dengan buah-buah yang lain ketika wujudnya kurma, maka dahulukan kurma kemudian barulah dimakan buah-buah yang lain..

You Might Also Like

0 komentar